E-Kelas Live Tutorial (Matematik dan Sains) Penggal 1

8 Mac 2020 | Aktiviti Terkini

Maxis telah melancarkan program portal e-Kelas iaitu pendidikan secara digital dan percuma di beberapa tempat terpilih Pusat Internet di seluruh Malaysia. eKelas sebelum ini khas untuk pelajar tingkatan 1, 2 dan 3. Untuk sesi 2019, pembelajaran e-Kelas turut disertai pelajar Tahun 6, Tingkatan 4 dan 5. Matapelajaran yang diajar termasuklah English, Matematik dan Sains.

Kebaikan yang boleh diperolehi adalah pelajar boleh menguasai matapelajaran yang diajar secara percuma tanpa ada pengecualian. Selain itu, boleh membantu pelajar untuk meningkatkan pencapaian akademik. Juga membolehkan pelajar menguasai teknik – teknik lain selain dari pelajaran asas yang diajar di sekolah. Pelajar yang kurang mampu untuk membayar kelas tuisyen di luar berpeluang untuk menyertai e-kelas ini.

Kelas akan dijalankan pada hari Jumaat dan Sabtu dan hanya satu jam untuk setiap matapelajaran. Seorang pelajar yang mengikuti e-Kelas terdiri daripada pelajar tahun 6. Pembelajaran e-Kelas adalah subjek Matematik dan Sains selama satu jam bersama pelajar tahun 6 Sk. Grogo.
Dalam pembelajaran kali ini pelajar belajar mengenai:

Matematik: Pecahan
Sains:Kemahiran Saintifik dan Peraturan Bilik Sains

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali